Belog ini tentang saya , dia dan mereka :)

mengenal diri



Assalamualaikum ,

Hai hai hai , Alhamdulilah dapat menulis lagi kali ini . siang tadi baru jee abis program ala ala motivasi di mana program nyee bermula dari pukul 8-5 petang . memang lahh teramat penat plus arii nii ahad so paham paham jelahh kan . but harii nii saya dapat sesuatu yang amat baru dan menarik mengenai diri saya . so berbaloi lahh jugak sebab pegi td and program td memang WAJIB pun kena pegi . >,<

Oke , tadi ada slot yg bertajuk sejaoh mana kita mengenali diri kita ? slot ini bertujuan untuk kita mengetahui diri kita nii tergolong dalam kumplan audio , visual ataupun kinestetik . and and selepas buat ujian , saya adalah satu daripada orang yg tergolong dlm kumpulan audio . hmm , bila dikaji rupanya orang yang berada dlm kumpulan ini agak pelik dan punya banyak kelemahan . jom kita tengok ciri ciri nyeee yelahh mana lah tau korang pun tergolong dlm kumpulan niii kan kan kan :


  1.  Selalu berbicara pada diri sendiri ketika melakukan sesuatu 
  2.  Mudah terganggu oleh kesibukan , suasana kelam kabut atau kekecohan 
  3.  Menggerakkan bibir dan mengucap kan tulisan di buku ketika membaca 
  4. Dapat mengulangi kembali , meniru nada atau irama 
  5. Merasakan kesusahan untuk menulis tetapi hebat dlm bercherita 
  6. Berbicara dlm irama yg menpunyai pola 
  7. Mudah ingati nama tetapi bukan wajah 
  8.  Seorang yang fasih berbicara 
  9. Lebih suka muzik dari seni 
  10. Suka berbicara dan berdiskusi dan menjelaskan sesuatu pjg lebar 
  11. Lebih pandai mengeja dengan kuat drpd menulisnya
  12. Lebih suka gurauan lisan drpd mmbaca komik .



Korang agak agak kita tergolong dlm golongan yg sama x ? hmm actly byk kelemahan dlm golongan ini . mereka adlah orang yang terer dlm presentation tp kurang dlam mencari bahan yang tepat untuk presentation . mereka juga tidak sesuai belaja menggunakan peta mind map * patot selama nii akuh memang xpandai pandai buat mind map >,< * . emm tapi xpe2 ada cara yg boleh kita lakukan untuk tangani kelemahan niii . and ada cara belaja yang paling sesuai and tepat untuk mereka yang tergolong dlm kumplan niii . jom kita tengok satu satu .

DUDUK DEPAN DALAM KELAS
Oke , ini adalah satu cara yg saya perlu lakukan lepas niii sbb golongan ini mereka lebih suka mendengar daripada melihat . so kalo duduk belakang sangat mereka xkan phm atau pun kurang phm apa yang diajar oleh lecturer . so , dian kamu kena berubah !

BELAJAR DENGAN MUZIK
Nii adalah cara yang selalu saya lakukan masa dekat matrik dulu . kalo belaja mesti dengar radio , masa study math ke fizik ke even bio subjek yg menghafal . sbb bg saya muzik tuhh boleh buat otak jadi alert and dapat menghilangkan ngantuk . so masa tuh sume lagu lagu baru dekat radio memang tau lahh . tp sekarang dah tak . L

RAKAM PENGAJARAN GURU ADALAH KAEDAH TERBAIK
Emm nii sesuatu yang baru bg saya . xpe2 myb boleh cuba untuk sem yg akan dtg .

PERBINCANGAN UNTUK PEMAHAMAN YG LEBIH JELAS
Yang ini sangat penting sbb kita orang audio lebih suka mendengar so bila melakukan perbincangan kita akan lebih mudah untuk ingat apa yang kawan kita terang kan .

MEMBACA KUAT
Cara nii dapat memningkat kan ingatan kita . so kalo kit abaca xbolah baca dalam hati . kita kena sebut apa yang kita bacakan atau pun sekadar gerak kan bibir sahaja . and bila time exam kita lupa apa yang kita baca , buat sesuatu yang dapat mengeluarkan bunyi seperti mengetuk meja atau memetik jari supaya kita dapat mengaktifkan otak kita untuk recall benda kita yg kita lupa tuhhh .

Hmm tuh jelahh yg saya nak kongsi kan dengan korang kali niii . hmm saya pun baru td and teknik belaja tuh pun ada yang belum saya praktik kan . InsyaAllah lepas nii saya akan try berubah bersesuaian dengan ciri ciri yg terdapat pada saya niii . and hope sgt korang pun akan tau korang nii golongan mcm saya audio ataupun visual dan kinerstatik . nak rehat sebab penat sangat okebai !

P/s : agak agak stress bila study tuhh bukak tingkap and jerit kuat . I love music <3

1 comments:

Unknown said...

oo..ak golongan ape ntah..hehe..mcm x same dgn ko..hehe

Post a Comment