Belog ini tentang saya , dia dan mereka :)

HIJRAH


Assalamualaikum ,

hmm , menulis lagi kali niii even sekarang jam dah pun pukul 12.3o . memang niat hati da lme nak update citer baru tapi mood belakangan nii membatas kan . mungkin risau dengan final exam , mungkin juga sbb memang malas . emm tak kisah lahh tp akhir nyee malam nii dapat jugak conteng conteng kat belog kesayangan nii. 

oke , kali nii nak citer pasal hijrah . ehh korang jgn salah paham pulak ingat hari nii maal hijrah . cuma baru baru nii hati saya lebih terbuka untuk membaca dan search page2 yang berbentuk islamic . and bila baca sume ayat ayat tersebut hati akan automatik jadi tenang dan lebih kuat even time tuh rasa macam down sangat . and skunk nii punn  kawan kawan saya punn ramai yang dalam penghijrahan mencari ketenangan . Alhamdulilah , sabab saya dikelilingi dengan kawan kawan yang sebegitu . hati pernah jugak terdetik untuk bertudung labuh , berstoking . tapi takut diri niii xkuat dan xmampu . sedangkan baru diuji dengan ujian xseberapa diri niii cepat jee mengeluh . saya ingin jadi seperti mereka juga , kan elok kalau xcantek paras rupa tapi  akhlak dan peribadi nya cantek kan .

emm harap sangat yang satu hari nanti saya akan menjadi salah seorang daripada mereka . doakan yea :)






p/s  : Allah xpernah tinggalkan kita , tapi kenapa kita yang tinggal kan Dia ?




mengenal diri



Assalamualaikum ,

Hai hai hai , Alhamdulilah dapat menulis lagi kali ini . siang tadi baru jee abis program ala ala motivasi di mana program nyee bermula dari pukul 8-5 petang . memang lahh teramat penat plus arii nii ahad so paham paham jelahh kan . but harii nii saya dapat sesuatu yang amat baru dan menarik mengenai diri saya . so berbaloi lahh jugak sebab pegi td and program td memang WAJIB pun kena pegi . >,<

Oke , tadi ada slot yg bertajuk sejaoh mana kita mengenali diri kita ? slot ini bertujuan untuk kita mengetahui diri kita nii tergolong dalam kumplan audio , visual ataupun kinestetik . and and selepas buat ujian , saya adalah satu daripada orang yg tergolong dlm kumpulan audio . hmm , bila dikaji rupanya orang yang berada dlm kumpulan ini agak pelik dan punya banyak kelemahan . jom kita tengok ciri ciri nyeee yelahh mana lah tau korang pun tergolong dlm kumpulan niii kan kan kan :


  1.  Selalu berbicara pada diri sendiri ketika melakukan sesuatu 
  2.  Mudah terganggu oleh kesibukan , suasana kelam kabut atau kekecohan 
  3.  Menggerakkan bibir dan mengucap kan tulisan di buku ketika membaca 
  4. Dapat mengulangi kembali , meniru nada atau irama 
  5. Merasakan kesusahan untuk menulis tetapi hebat dlm bercherita 
  6. Berbicara dlm irama yg menpunyai pola 
  7. Mudah ingati nama tetapi bukan wajah 
  8.  Seorang yang fasih berbicara 
  9. Lebih suka muzik dari seni 
  10. Suka berbicara dan berdiskusi dan menjelaskan sesuatu pjg lebar 
  11. Lebih pandai mengeja dengan kuat drpd menulisnya
  12. Lebih suka gurauan lisan drpd mmbaca komik .



Korang agak agak kita tergolong dlm golongan yg sama x ? hmm actly byk kelemahan dlm golongan ini . mereka adlah orang yang terer dlm presentation tp kurang dlam mencari bahan yang tepat untuk presentation . mereka juga tidak sesuai belaja menggunakan peta mind map * patot selama nii akuh memang xpandai pandai buat mind map >,< * . emm tapi xpe2 ada cara yg boleh kita lakukan untuk tangani kelemahan niii . and ada cara belaja yang paling sesuai and tepat untuk mereka yang tergolong dlm kumplan niii . jom kita tengok satu satu .

DUDUK DEPAN DALAM KELAS
Oke , ini adalah satu cara yg saya perlu lakukan lepas niii sbb golongan ini mereka lebih suka mendengar daripada melihat . so kalo duduk belakang sangat mereka xkan phm atau pun kurang phm apa yang diajar oleh lecturer . so , dian kamu kena berubah !

BELAJAR DENGAN MUZIK
Nii adalah cara yang selalu saya lakukan masa dekat matrik dulu . kalo belaja mesti dengar radio , masa study math ke fizik ke even bio subjek yg menghafal . sbb bg saya muzik tuhh boleh buat otak jadi alert and dapat menghilangkan ngantuk . so masa tuh sume lagu lagu baru dekat radio memang tau lahh . tp sekarang dah tak . L

RAKAM PENGAJARAN GURU ADALAH KAEDAH TERBAIK
Emm nii sesuatu yang baru bg saya . xpe2 myb boleh cuba untuk sem yg akan dtg .

PERBINCANGAN UNTUK PEMAHAMAN YG LEBIH JELAS
Yang ini sangat penting sbb kita orang audio lebih suka mendengar so bila melakukan perbincangan kita akan lebih mudah untuk ingat apa yang kawan kita terang kan .

MEMBACA KUAT
Cara nii dapat memningkat kan ingatan kita . so kalo kit abaca xbolah baca dalam hati . kita kena sebut apa yang kita bacakan atau pun sekadar gerak kan bibir sahaja . and bila time exam kita lupa apa yang kita baca , buat sesuatu yang dapat mengeluarkan bunyi seperti mengetuk meja atau memetik jari supaya kita dapat mengaktifkan otak kita untuk recall benda kita yg kita lupa tuhhh .

Hmm tuh jelahh yg saya nak kongsi kan dengan korang kali niii . hmm saya pun baru td and teknik belaja tuh pun ada yang belum saya praktik kan . InsyaAllah lepas nii saya akan try berubah bersesuaian dengan ciri ciri yg terdapat pada saya niii . and hope sgt korang pun akan tau korang nii golongan mcm saya audio ataupun visual dan kinerstatik . nak rehat sebab penat sangat okebai !

P/s : agak agak stress bila study tuhh bukak tingkap and jerit kuat . I love music <3

ketika aku hampir putus asa



Hati rasa xmenentu,

Terlalu banyak benda yang di fikir kan ,

Ya Allah tetapkan lahh hati ku untuk hanya mengingatiMu

Hati ku terlalu lemah , mudah melupakanMu

Aku lupa saat senang , dan hanya ingat saat susah

Bila Kau uji sikit je aku terus mengalah

Menyalahkan takdirMu , xpernah redha

Kerana merasakan diri ini sempurna dan hanya ingin kan yang terbaik sahaja

Ya Allah berdosa nya aku T.T

Aku hambaMu memang layak diduga dan diuji

Kerana Kau hanya menguji mereka yang mampu

Dan aku satu daripadanya , ujianMu xseberapa tapi aku yang terlalu manja

Lemah dengan syaitan dan nafsu T.T

Mungkin rezeki ku belum tiba tapi aku percaya ia akan datang juga

Cuma cepat atau lambat ,

Kerana Kau lah perancang terhebat .

Mari Tadah tangan berdoa sama-sama T.T


“ Ya Allah , dengan pengetahuan-Mu akan yang ghaib dan kemampuan-Mu dalam menciptakan . hidupkan lah aku selama Engkau mengetahui bahawa kehidupan itu lebih baik bagiku . Ya Allah , sesungguhnya aku memohon rasa takut kepada-Mu pada waktu sembunyi dan terang-terangan . dan aku memohon kepada-Mu dapat berkata yang benar pada waktu sedang rela dan marah . dan aku memohon kepada-Mu sederhana pada waktu kaya dan miskin . dan aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak akan habis . dan aku memohon kepada-Mu kesenangan yang tidak akan putusnya. Dan aku memohon kepada-Mu rela menerima setelah takdir-Mu yang telah berlaku . dan aku memohon kehidupan yang baik setelah kematian dan kebahagiaan melihat wajah-Mu dan kerinduan kepada perjumpaan dengan-Mu , tanpa bahaya dan membahayakan dari fitnah yang menyesatkan . Ya Allah . hiasilah kami dengan hiasan keimanan dan jadikan kami orang yang memberi petunjuk yang telah mendapat petunjuk .” Amin . (HR. An-Nasa’I dan Ahmad)



matlutfi n anwar hadi :)



Assalamualaikum , 

Wahhhh hepiiii nyeee hari niiii !!! ( lari lari 1 bilik sambil kibar kibar sapu tangan ) . ha mana tak hepi nyee. Korang tengok tajuk pun da tau kenapa kan . saya jumpe matlutfi dan dan dan anwar hadi !!! excited giler wa cakap sama lu . ha kalo ada yang tak kenal sape dorang tuhh memang nak kena rejam sorang sorang ngan akuh gune batu bata yang org endon buat rumah tuhh , da abis rejam pulang kan balik . emm mybe ada la orang yang kata “ala setakat matlutfi ngan anwar hadi apa lahh sangat , dorang bukan retis punnn “ and saya akan jawab “eloooo , dorang memang bukan retis pun tapi dorang selebriti oke ( sambil buat muka mintak baling selipar ) . menyampah ?? emm mungkin dorang xlahh fanatic and exotic mcm saya tuhh yang xdapat rasa apa yang saya tengah rasa sekarang . >,<

Emm dorang datang sini sebab tadi ada ceramah and presentation mengenai tahap keselamatan kita menggunakan teknologi on9 nii mcm fesbuk, belog, vlog, instagram, twitter and banyak lagi lahhh . kang sebut satu satu sampai taon depan xabis . cm gitu lahh lebih kurang so tuhh yang dorang di invite untuk berkongsi pengalaman dan juga pendapat terutama dalam dunia vlogging niii . even saya ada kelas tadi dari 11-1 sanggup saya skip kelas konon konon nyee pegi tandas setengah jam semata-mata nak tengok matlutfi present . keje gilerr kot nasib xkantoii ngan lecturer . ( fuhhhh tarik nafas lega ). jahat xakuhh ? hehe . bukan nyee apa tapi saya rasa semua orang patot amek perhatian dengan apa yang di sampai kan oleh dorang sbb ia amat berguna terutama dengan dunia zaman sekarang yang tengah giler IT . and for ur information , Negara kita adalah Negara ke 17 yang paling aktif menggunkan fesbuk . terer xterer? Bukan nyee xbagus tapi renung renung kan lahhh . kalo dulu budak kecik nangis mak ayah nyee bagi mainan , budak sekarang nangis mak ayah nyee bagi I-pad . hurmmmm 


P/s : emm lepas nii dari blogging nak tuko vlogging lahh pulak :D hmm nak tengok first video saya scroll lahh kat bawahh niii 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
( sorry your computer is unable to connect to the internet )

hujan dalam hati :)




Assalamualaikum, 

Mendongak kelangit , hujan !
Alhamdulilah Allah mencurahkan rahmat nya lagi (^_^)
Senyum2 tengok hujan turun fikirkan katil yang memanggil .
Sekarang nii teringat kat rumah jeee ,
Arghhhh rindunya semua yang ada kat rumah especially my lovely  “mak” and my hero “abah”
Tinggal lagi sebulan jee nak balik ,
Saba2 (pujuk diri) ,
Perjuangan kat sini belum abis .
Fighting untuk this final
Tapi kadang rasa nak give up jeeee dengan kos niii
Tapi bile fikir mak abah terus xjadi
Kena kuat , kan dah besar so kenalah jadi matang . betulkan ?


kem rakan integriti mahasiswa



Assalamualaikum , 

Hai hai haiii , dalam kebuzian membuat assgment sempat lagi curi curi masa untuk cuci belog niii  gune clorox ! ehh2 , xbole gune vanish jee ckup >,< yolahh , rndu sangat sangat nak menulis and entry kali nii nak citer sikit pasal aktiviti yang baru jee saya jalani minggu lepas . ha , baca tajuk pun da tahu kan . actually , kem rakan integriti mahasiswa nii melibatkan 2 buah ipta iaitu usm dan upsi sendiri dan 1 ipg . emm kire ramai la gak yang terlibatkan dan diadakan di azwen resort kat hulu Langat . fuhhh , time nak pegi tuh bukan maen excited lagi . mana tak nyee dahh lame xbuat outdoor activity sejak fom5 lagi . yelahh masa kat matrik mana lahh sempat nak buat nii sume . kem niii berlangsung selama 3 hari 2 malam and dijalankan secara santai and amat exciting !!


Antara objektif krim niii adalah untuk :
1.       Mewujudkan semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan ahli krim.
2.       Menjadikan sebagai wadah percambahan minda bagi hala tuju dan pelaksanaan RIM di peringkat IPT.
3.       Mengeratkan hunbungan jaringan atau silaturahim dalam kalangan peserta dan secretariat pusat RIM atau IIM.


Emm , dan saya rasa melalui kem ini semua objektif itu dapat dicapai . banyak juga pengalaman baru yang boleh saya dapat dan itu bukanlahh sia-sia even kem itu diadakan ketika assgment berada di tahap kemuncak . and thanks sangat kepada seseorang yang telah mengubah mindset saya supaya selalu berfikiran positive dalam semua hal . “ selalu cakap pada diri sendiri yang saya boleh ! "
Banyak jugak game yang kitaowg main ketika kem tersebut dan semua adalah bertujuan untuk membina semangat berpasukan . :’) emm nak citer banyak tp nanti korang xnak baca lak so jom kite tengok gamba pulak yeeee . scroll ke bawah , jangan segan segan :3



baru sampai setelah 2 jam perjalanan 

peserta-peserta yang terlibat 

niii bukan bermandi-manda k tp slh 1 aktiviti yg kiteowg lakukan >,<

niii lahh kumpulan saya ---> kami bajet hot

jungle treking time

ececeh , berangan sebentar

peace2 <3
waktu riadah , apa lagi jln2 lahhh 

nak sambung buat assgment , okebaiii !!


sengal sengal jee tayar moto pancit -.-


Assalamualaikum,

hurmm cuti kali nii dilambakkan dengan assigment yang sangat banyak sampai rasa nak hempuk kepala nii dengan helmet jiran sebelah dek tak tertanggung lagi beban niii . cewahhh ! mana tak nye siap satu assigment ada assigment laen lagi . boleh gilerr wooo . disebab kan tu lahh jarang sangat ada masa nak menulis dekat belog kesayangan saya niii *cium screen lappy* . 

baru baru nii kelmarin lahh kiranya , moment yang akan saya ingat sampai bila bila kerana benda nii sangat memalukan . biler teringat je mesti rasa macam nak sorok muke nii kat tong kitar semula yang warna oren tuhh . nak tau ? bace lahh sendiri kat bawah niii . . . tak kan saya pulak yang nak kena baca kan kat telinga korang . hehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bawak moto bukan maen laju lagi time tuhh , mana tak nyee trafic light warne hijau kena cepat niii . punye lahh eksyen bwk mto and kebetulan jalan tuhh berselekoh . tetibe corner punye lah cantek saya rasa macam ada yang xkena dengan moto tuhhh . rasa macam nak jatuh ! cuak lahh sbb xnak jatuh moto dulu da penah rasa , saket ! so saya punn perlahan kan moto nyee and berhenti kat tepi jalan . tengok tengok rupanya tayar belakang pancit . nak dijadikan cherita tak jao dari tempat yang saya berhenti tuhh ada roadblock and polis tuhh dok2 usha dari jao . ingat kite orang tak de lesen lahh tuh ! kete yang lalu lalang pun dok perhatikan kiteorang macam tak de benda laen yang nak ditengok kan . nak jee jerit kuat kuat kat pemandu kereta tuh suruh pandang depan ketika memandu -.-. ha lupe nak gtau yang saya berdua ng kawan saya naek moto . tak lama pas tu polis tu pun dok lambaii2 tangan suruh pergi ke depan , myb takot kiteorang cabut kot . saya pun usung lahh moto tuh dengan muke tak bersalahnyee . 

 ha , nii da kenapa ?

 moto pancit T.T . kat mana kedai moto yang terdekat ek ?

abang polis nii punye explaination bukan maen panjang lagi nak bg tau kedudukan relatif kedai moto tuhh . saya yang bengang plus segan ngan kete yang lalu lalang blur blur and buat buat paham jelahh . pendekkan cherite , saya terpaksa menolak moto , sumpah jao giler kot ! siap kena lintas jalan lagi dengan keadaan yang cam tuh . cube korang bayang kann .orang lalu lalang bole gelak gelak pulak . baling dengan selipar jepun kang baru tau *emo pulak . tapi alhamdilillah , kiteorang sampai jugak kat kedai moto tuhh . rupanyee tube tayar dah bocor nak kena ganti . seusai mengganti , kiteorang pun sambung semula aktiviti yang telah dirancang daripada awal iaitu shoping . okebai !






saket hati


Assalamualaikum ,

alhamdulilah , akhirnyee sampi jugak kat rumah setelah 10 jam perjalanan . 10 jam ?? aik , tanjung malim ke kluang bukan nyeee jao cgt xkan sampai 10 jam ?? fuhhh , panjang citer nyeee . ikut kebiasaan selalunyee saye akan naek train straight terus ke kluang tp almaklumlah beli tiket dah lambat tambahan pulak musim perayaan macam gnii tiket cepat jee abis . and bile saya sampai sampai jee kat kaunter beli tiket tuhh and mintak tiket ke kluang 11 hb akak tuh kata da habis . rasa macam nak nangis guling guling sambil hentak kaki jee kat situ . macam mana nak balik niii ?! dala xgety nak balik naek bus dr kL (almaklumlah orang kg kata kan) -.- . saya pun tanpa mmbuang masa pegi lahh ke bus stand cari tiket . and nasib baek ada bus tp ke batu pahat . emm dalam hati cakap " xpelahh batu pahat-kluang bukan jao cgt " . so saya pun beli lahh tiket tuhh . and naseb baek jugak lahh balik kali nii dgn kwan so kurang lahh skit takut tuhh .

emm tapi apa yang saya nak cerite bukan lahh pasal beli tiket bus nii . benda yang menyakitkan hati tuhh terjadi bile bus nii benti dekat perhentian seremban . oke , baru saya tau bus nii benti2 kat perhentian tertentu tok amek orang dan itu lah yang menyumbang kepada kelambatan sampai ke kluang . cewahhh ayat bukan kemain lagi . agak2 kalo amek paper bm spm nii bole fail . huhuhu . and bile bus tuhh tgah tunggu penumpang tuh semua nyee naek tetibe datang lahh seorang lelaki niii (india muslim , bersongkok) pas tuh tetibe dia bagi saya and kawan saya niii kad yang kecik ada tulis ayat kursi . ohhh dalam hati "baik nyeee" . untuk pengetahuan , dia bagi kat  sume orang dalam bus tuh and saya pun simpan lahh benda tuh and nak sambung tido balik . yelahh dalam bus bole buat apa je kannn . and tetibe laki tuh datang sambil hulur tangan . saya tau lahh dia nak minx duit . emm xpelahh nak bersedekah bukan nyeee selalu kan . saya pun hulur lahh dalam seringgit gitu and dia bole geleng-geleng kepala sambil cakap xnak seringgit nak sepuluh ringgit . saya pun yang macam tengah blur2 ckap lahh dengan dia . "saya xde duit sepuluh ringgit , duit saya kurang daripada sepuluh ringgit je nii". seriously memang duit time tuh kurang dari sepuluh ringgit plus saya nak beli tiket ke kluang lagi nty bile sampai ke batu pahat . time tuhh memang da buat muke sehabis pelik lahhh tengok orang tuhh . dia tetap hulur tangan nak sepuluh ringgit . dalam hati macam nak bagi penyepak jeee . saya pun pandang lahh kawan saya sebab xtau nak buat apa . kawan saya nii pun dengan serba salah hulur lahh 10 ringgit kat laki tuhh and baru lahh dia blah . kiteorang pun pandang antara satu sama laen .

konklusinyeee , betapa senang nyee orang skunk nii menggunakan agame untuk cari duit . and kita rakyat malaysia mudah nyee bagi muke kat orang macam gini . badan sihat tak ada cacat cela tapi kenapa masih tak mahu bekerje ? mengharap kan simpati orang pulak tuhh and bole pulak mintak 10 ringgit dengan senang senang jeee padahal orang laen bersusah payah untuk mendapat kan 10 ringgit tuhh . saya pun xpaham lahh kenapa wujudnyee orang yang macam gini . *kalo jumpe orang macam gini tau lahh aku nak buat apa nanti >"<


Thank you !


Assalamualaikum,

Hai hai hai ! esok da nak kena balik tg malim almaklum lahh cuti seminggu lebih kian habis . arghhh tension+stress pun ada bila mengenangkan da nak kena balik sne . oke fine , memang lahh cuti seminggu nii agak lama tp rasa  nyee belum puas duduk kat rumah niiii . cuti kali ni pun banyak dihabiskan di rumah jeee sbab kawan kawan yang laen masing masing bz . cuti kiteorang pun tak sama .so tak dapat lahh nak hang out and spend time dgn korang . budak budak sekolah syok lahh and mesti korang hepi giler kan sbab cuti sekolah dah pun bermula . seriously , jeles tau dengan korang ! hehe >,<

oke oke , tak nak lahh rasa nya merepek panjang , just saya nak ucapkan thank you untuk my lovely , awesome adik angkat yang rasa nya dia pun tak kan baca belog niii . huahua 
and and kalo ingat balik time bila lahh kiteowg bole jd adik kakak angkat niii mesti ketawa guling guling sebab tuh lahh first time saya ada beradik angkat . eeeeuuu agak gelii di situ tapi disebabkan saya niii anak tunggal and perasaan untuk memiliki adik angkat tuh sangat sangat lahh membuak-buak . tingin jugak lahh macam orang laen ada adik . kebetulan , masa form 4 tah kenapa saya dok usha usha sowang budak nii yang rasa nya agak chumil yee ketika itu . usha punye usha smpai lahh kawan kawan saya perasan . xd niat punn nak jadikan dy adik angkat tapi rupanye budak niii pun bagi respon yang baek . so dari situ lahh kiteowg kenal kenal . cehh da macam pakwe makwe lahh pulak . and lama lepas tuh dia oun declare jadi aadik angkat saya . 

and baru baru niii kiteowang jumpe setelahh 2 tahun xjumpe tuhh . and suprise gilerrr bile dia bawak hadiah besar giler kot . dia naek moto kot and kesia jugak lahh tengok dia bawak hadiah besar mcm tuh . time tuh terharu gilerrr . ha nii lahh hadiah nyeeee :)


emm curious jugak lahh apekebenda lahh yang dia letak dalam kotak besar tuhhh . takut jugak just kena maen maen je kan . and and bila bukak jeee , whoooaaaa ada teddy bear yang besar gilerrr . now , i have 3 teddy bear . >,< kalo bole bawak pegi tg malim memang besok da bawak dahh . tapi besar sangat tak bole nak bawak . dala naek train so terpaksa lahh tinggalkan dia kat rumah jeeee -.-


oke tuhh jelahh nak citerr kali niii . nak sambung packing barang tok balik esok . kbai !


all the best for your exam :)


Assalamualaikum, 

oke , actuaaly entry kali nii more to spm and stpm candidates . fuhh xtau lahh kenapa spm ngan stpm makin dekat tapi saya pulak yang berdebar-debar. mana tak nyee exam tuhh lahh yang akan  mencorak kan masa depan kita pas nii . so tah kenapa malam nii tetibe rasa macam rajin pulak nak share ngan korang2 niii tips tok exam yang rasa nyeee still bergune even tinggal bape ary lagi nak exam . so sambil sambil study tuhh bolehh lahh curi curi baca belog iniiii.

-----------------------------------------------

--> NOTA RINGKAS
oke saya tau yang xsume suka and pandai buat nota ringkas termasuklahh saya but saya rasa nii lah cara yang paling brkesan untuk kita buat lagi lagi bile time nak exam macam gnii . jangan pulak korang buat nota tapi menyalin ke semua buku teks tuhh . jus amek keyword yang penting je and bila kita tengok je keywords tuhh kita bole igat ap yang kita study tuh . nota ringkas nii jugak akan menunjukkan sama ada kita faham atau pun xtentang sesuatu sbjek tuhh . 

--> TIDO LEWAT
ha , nii pulak adalah situasi yang akan berlaku bile time exam nak dekat . mana tak nyeee sume risau sebab ada byk bende lg yang kita xstudy kan . normal lahh tuh bile kite tido lewat sebab selalu nyee time mlm lahh apa yang kita study lagi senang nak masuk . tapi kalo da ngatuk sangat baek korang tido jeee sbab kalo korang study pun konfem xmasuk punyeee . but , bile sehari sebelum exam tuhh wajib tido awal ! serius ! sebab otak korang akan blank kalo korang study sampai lewat malam or xtido langsung . 

-->LATIHAN
yang ke-3 nii pulak adalahh sangat2 penting terutama bila berkaitan dengan subjek yang mengira . ha , memang korang kena buat nii supaya terbyase dengan soklan-soklan exam . nanti bila tengok soklan exam tuhh xlahh rasa nervous sangat sbb kita pernah buat latihan tuh . and untuk latihan kalo kita buat soklan yang sama berulang kali pun its okay sbb kita buat banyak kalii pun belom tentu ingat right ? 

-->BERTANYA
bertanya tuhh amat2 lahh penting bila kita xpham apa yang kita study tuhh . jangan nak malu malu bertanya and simpan je benda yang kita xtau tuh , nanti kita jugak yang rugi . cari kawan yang bole ajar kita and bukan yang menggaggu kita . kalo selesa study ramai ramai better buat study group . sebab dalam group tuhh kita bole bertanya and saling mengajar antara satu sama laen . 

-->BERDOA DAN BERRTAWAKAL
nii adalahh perkara last yang kita perlu lakukan . jangan pula berdoa tapi xberusaha pulak . yeee time cm gnii hati kita selalu risau , takut and mcam mcam lagi lahh sebab kita takut yang kita xkan dapat kputusan yang baek . tp tuhh sume xpenting sbb kita masih ada mase lg untuk berusaha and bile kita da usahe sehabis baek kita hanya mampu bertawakal jeee . kalo ada rezeki kita xkan kemana . percayalahhh

----------------------------------------------------

oke , maybe tuhh jelahh yang ase nyeee saya nak share ng korang . terutama nyee pada awang , fana , ima , fatin and ramai lagi lahh . all the best tok korang . buat yang terbaek and jangan lupa berdoa . jangan takut sangat or stress2 . harap sangat korang akan dapat keputusan yang cmerlang and masuk u yang gah2 . kalo bole pilih lahh upsi nanti bole jumpe selalu . hehehe (^.^)v





secoret cherita di sana


assalamualaikum,


rasa macam lama giler dah tak menulis . mana taknyee terlalu busy dengan assgment , tuto and macam macam lagi lahh . walaupun baru je sebulan lebih dekat upsi tapi assgment yang dapat macam dah setaon kat sana . fuhhhh , saboo jelahhh . actually banyak giler citer yang saya nak sharing kat sini cume tak de kesempatan jee nak tulis . and and time cuti cm gnii lahh baru ada masa nak bersihkan belog nii . even korang xnak baca pun still saya nak tulis , huhuhu . 

kehidupan kat upsi xtau lahh nak describe macam mana . fun ! exciting ! awesome ! and sampai xtau ag lahh nak cakap !!!!! nampak tak bukan kemaen ag . and bersyukur sangat yang kawan kawan kat sana sume nye baek baek and giler giler jugak . tak lahh ase janggal sangat and dapat adapt kat sana dengan cepat . 
banyak jugak aktiviti yang kiteowang kat sana macam baru baru niii ada ceramah bersama ustaz don , oke seriously kat sana lahh first time saya dengar nama tuh xtau pulak yang actually ustaz don tuhh femes upe nyeee . hehehe .


bende yang paling best adalahh bile bangun tido and tengok kat luar tingkap . serious mmg cantek giler kot pemandangan kat sana . ase tenang sangat sampai terlupe skejap kat kampung halaman . ceeewahhhh . mana tak nya kiteowang punye kampus and kolej dikelilingi gunung . kalo pagi pagi tuhh memang nyaman giler lahh tapi kalo nak cakap pasal line tuh mmg tak yah buat saket aty jeeee . nak dpt frequency radio pun bukan maen susah ag . line celcom ag lahh , brodband ku nii pun hanya lahh perhiasan saja kat sana -,-


bilerrrr pagi pulak macam ni lahh keadaan nyeee . nak berebut bus so kena lahh cepat . time nak naek bus mmg xd belas kesian , setakat tolak menolak tuh dah biasalahhh . and untungnyee lahh kalo ada kenderaan sndiri . kelas kol 8 tpi 6.45 da kena get ready tggu bus . tuh pun kire da lmbat >''<


niii pulak bile dekat bengkel menjahit . kat bengkel nii lahh paling banyak kuo perkataan yang mancarut niii macam @#*&%*$@! hakhak . serious first time gune mmg ase macam nak fed up jeee . jarum patah terpelanting lahh , benang tak kua lahh and macam macam agi . nasib ramai kawan yang membantu . xpelahh even slow mana saya belaja tp still dapat ilmu tu jugak . :)

----------------------------------------------------------------------

oke tuhh jelahh kot yang ase nyee nak share ng korang . kite belaja kat mana mana pun sebenar nya sama je tapi yang penting apa yang kita dapat belajar dari situ . mungkin awal awal kite rase xselesa atau pun xdapat nak adapt kat tempat baru tapi kite perlu cube . jadikan ia sebagai kenangan yang akan kita ingat sampai bile bile even sepahit mana pun ia . 





buku baru (:


Assalamualaikum


hai hai hai lambai lambai tangan kat korang . hari nii hari ahad so time cm gini lahh baru ad masa nak bersih kan belog niii . proses pembersihan belog selalu nye dijalankan 2 minggu sekali , boleh nampak kan kemalasan di situ . sambil mop screen lappy nii nak citer kat korang lahh sikit pasal minggu orentasi yang baru je saya jalani baru baru niii . oke , macam byase lahh setiap kali kemasukan pelajar baru mesti akan ad orentasi atau pun majlis suai kenal . dan macam korang tahu time nii lahh time yang paling penat kan sebab kita terpaksa terkejar kejar dengan masa yang tak cukup sume . tapi kalau kita betul betul menghargai time tuh , ia akan menjadi moment yang paling bermakna . kita boleh kenal kawan kawan baru , berkenalan dengan fasilitator yang baik baik dan mengerat kan lagi hubungan dengan mereka . sebab lepas orentasi je masing-masing akan buat hal sendiri . tak de lagi lahh mase yang kita boleh spent kan dengan dorang . 

emm cite banyak banyak pun penat kan korang nak kena baca . so jom tengok gamba pulak . 


time niii malam kemerdekaan . so kat atas pentas tuh tengah prepare nak buat persembahan .
ha , niii pulak kira time klimaks . memang meriah giler kot , sampai terlompat lompat  nak buat gaya oppa gangnam style !
ha , niii pulak sebelum majlis bermula . sempat lagi snap snap . hehe
niii roomate saya memerangkap bestfren . peace >,<



hari raya 19


Assalamualaikum ,


macam dahh terlambat nak cakap selamat hari raya tapi akuhh peduli apa nak wish jugak buat semua kekawan sambil buat muka chumil awww aww '' SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN '' . fuhh baru puas ati bila dapat wish cam gnii . sekarang da masuk raya yang ke 7 tapi still dapat rasakan suasana hari raya tuh kan . almaklumlah puasa sebulan , so raya pun mesti sebulan jugak kan . hamboiii sape hajoo ? emm citer raya saya tak lahh best mana . yelahh bilerr da besa kan bukan nye macam time kecik kecik dulu kan boleh raya rumah orang keliling kampung , maen bunga api sampai baju berlubang and macam macam lagi lahh . kalau sekarang buat macam tuh memang orang ngat buang tebiat jee . tak pepasal kena hempuk dengan penyapu akibat orang tak tahan tengok pangai cam tuh . 


emm tapi biler time raya nii lahh kita dapat jumpa balik dengan kekawan lama kita kan . nii lahh kesempatan yang kita ada bukan selalu dapat buat kan . hari nii pun ramai yang buat open house tapi tak dapat nak pegi . sedihh :'( . tapi tapi raya nii sempat jugak lahh beraya kat rumah kawan kat manong and felda ayer itam . terbaikk wokk ! best gilerr tak tau macam mana nak describe perasaan hepii tuh . tak bole nak di luah kan dengan kata-kata mahupun tulisan . biar jelahh hati nii je yang tau . mana tak nye da besa besa cam gnii pun still dapat duit raya tau tau . tapi memang agak seksa lahh bila beraya naek moto pakai baju kurung . kalau rumah dekat dekat tuh tak pelah jugak kan . boleh nampak kesungguhan kitorang kat situ yea . actually , memang i ada lesen kete tu tapi tapi i only drive biler abah i ada kat sebelah je . bukan takot tapi kurang yakin je . ha , nampak permainan dia ? hik hik hik . k lahh juz tuh je nak tulis . papai !

permata hati ku


assalamualaikum ,

pejam celik pejam celik sekejap je dah nak raya kan . rasa macam baru semalam je kita sambut awal ramadhan . emm kuih raya da beli , baju raya pun da siap , apa lagi yang tinggal ek ? jap jap nak pikir jap . hahaha belum sempat nak pikir dah kena baling batu dulu dengan korang . >,< oke oke actually tak nak citer pasal kuih raya atau pun baju raya and tak de kena mngena dgn tuh pun . entry kali ni nak citer siket pasal permata hati saya yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat saya sayang and rndu . amboi bukan kemaen byk lagi kan sangat dia tuh . eh eh jangan salah paham , baca sampai abis dulu . nii tak de pasal pakwe pakwe ke ap kan . nak tau sape jom jom baca yang bawah niii . 

*                           *                                 *                                  *                          *



haaa chuu ~ nii lah permata hati jantung hati intan payung berlian emas silver gangsa olimpik saya yang pertama . chumil tak ? chumil tak ? erm nmee dy alisya tp tak tau lahh ejaan nye betul ke tak , haha tau panggil je selama nii . hurmm rindu sangat sangat kat adik saya yang sorang nii . suka sangat orang dukung dia and manje dgn abah je byase lahh ngade ngade . em bulan depan saya da further study nanti mesti rindu giler giler . chumil ekot akak dia la nii . huahua


tadaaa ni permata hati aluminium keluli besi kayu batu bata saya yang kedua . ha dy abang alisya and nme dy mohd aidil equan mcm aidil zafuan kan ? hehe . nii lahh yang paling nakal tapi yang paling saya rindu . selalu takut takut kan dia dengan cicak . bila nampak cicak je mesti saya akan cakap '' cicakkk , tangkap aidil nii cicak ! '' pas tuh mule lahh dia datang dekat peluk . sooo cuteee !! nampak je mcm berani tapi penakut sebenar nye . nampak bajak lalu depan rumah pun tak berani nak tengok . hahaha


dan dan dan nii lahh yang last , permata hati yang memang tiada penggati . dari kecil kot jaga dia and memang da macam adik sendiri . nama dia mohd irfan . nakal tuh memang tak yah nak cakap lahh and dia nii banyak tanya sikit . kalo bergamba pun da pandai posing tak yah orang suruh . paling pantang kalau tengok mainan nak aje beli padahal kadang kadang bukan reti pun maen . akhir nya mainan nye jahanam . nanti kalau orang tanye '' mainan tuh sape yang rosak kan ? '' pandai pulak menjawab '' abang lahh yang rosak kan '' . 

*                           *                            *                          *                             *

oke tu jelahh yang saya nak citer pasal permata hati saya niii . kalau dowang tak de nanti mesti akan rindu sangat sangat sebab da anggap mcm adik sendiri . arghhh , misss u lahhh adik adik tomey !!


muda cuma sekali


Assalamualaikum


*                            *                         *                       *                        *

hai hai belum pape lagi da ada letak gamba huhu . saje je nak letak gamba masa muda muda dulu bersesuaian dengan tajuk dekat atas tuh '' muda cuma sekali '' . dalam hati korang mesti cakap '' ekeleh kalau kau xcakap pun aku tau lahh ''; kan kan ? memang lahh tak kan lahh setiap tahun korang jadi makin muda jadi baby kan . mesti lah setiap tahun korang jadi makin tua kerepot . post nii pun saya buat biler kat fb tadi saya tengok ramai sangat yang menyambut ulang tahun kelahiran hari nii <------amboi ayat bukan maen skema . so setiap kali birthday kita akan ingat yang makin singkat lahh waktu kita hidup dekat dunia nii . yang kanak kanak akn menjadi remaja , yang remaja akan menjadi dewasa dan yang dewasa akan menjadi tua and so on . semua orang akan hadap benda yang sama mcam saya jugak . 

tapi saya nak highligt masa sebelum kita menjadi tua iaitu menjadi muda . kenapa ? sebab masa nii lahh kita akan gunakan untuk menambah ilmu , mengumpul pengalaman , mencari cinta , mencapai cita-cita dan macam macam lagi . and nanti bila kita tua tak lah kita menyesal sebab tak buat something untuk diri kita sendiri . 
jangan lah waktu nii kita terlalu kecewa dengan cinta tapi kita harus fikir yang cita-cita kita adlah lagi penting . saya pun banyak belajar dari sekeliling saya , kadang-kadang muhasabah diri jugak ingat kan banyak masa dihabiskan dengan memikirkan benda yang tak sepatut nya . 

 *sambil pegang tangan kawan kawan* so marilah kita semua muhasabah diri ketepikan semua benda yang tak penting and lebih fokus untuk mencapai cita-cita (:
and untuk semua pelajat yang akan menghadapi pmr dan spm tahun nii good luck and do your best oke . jangan pulak nanti mnyesal tak sudah . 

giler korea giler jepun addicted to mizushima hiro


Assalamualaikum

hai hai . biler da berhenti keje nii rasa macam macam benda yang nak kena buat . nak kena setel kan medical check up , ptptn , sijil sijil ngan macam macam lagi lahh . padahal semua tuhh sempat je nak buat tapi sekarang nii rasa macam dah terlambat je . agak kelam kabut lahh sikit . tapi still lagi boleh nak update entry baru dekat belog nii sambil sambil tengok citer kat tb nii ttibe pulak rasa nak conteng conteng . ha macam mana puasa korang stakat nii ? ada yang lubang lubang tak ? kalau bagi pompan tuhh tak pelahh ada alasan nye tapi kalau laki tuh hmm susah nak kata . tak tau lah kalau ada lagi antara korang yang curi curi makan dalam tandas tak pun masa mandi curi curi minum air . memang nak kena hempuk dengan bantal busuk saya nii yang siap ada pakej air liur basi lagi huhu >,< . nak ke ? 

patut nye saya berhenti keje bulan nii tapi di sebab kan hari tuhh acident langgar kereta orang ehh ehh silap kereta orang tuh yang mintak di langgar mak dah tak bagi keje lagi . al maklum lahh tempat keje pun jauh dari rumah so agak susah sikit lah nak ulang alik dari tempat keje ke rumah . so biler da kat rumah nii memang keje nye menghabis kan beras , sayur , ikan *buat muka chumil sambil kenyit kenyit mata* huhui macam mintak penyepak je kan . 

and biler da kat rumah nii sempat lahh abis 4 5 citer korea ngan jepun . opps lupa nak bagi tau tengah giler korea ng jepun addicted to mizushima hiro *pengaruh kawan* . saje nak share citer yang boleh buat saya angau tengah memalam buta antara nye lovely complex , high school debut live action , my gf is a gumiho , my boss my hero ,  my handsome butler , seducing mr perfect and banyak lagi lahh . and biler da start tengok tuh memang sampai 2 3 pagi baru tido . kadang kadang rasa mcam nak aje pergi korea ngan jepun tuh and cari pelakon yang ensem ensem tuh . kau tengok angau nye imagine sampai ke situ . 



ehh tak kisah lahh kalau kapel dgn laki lagi pendek dari kiter :DD

nak jadi popular kat sekolah tinggi !!

tak pelahh kalau org kate kiter bodoh jnji rjin ke sekolah :))

nak butler yang nsem2 jugak 

biar lahh gf kiter laen dr yg laen . baru special kannnn



biler time puasa . . Y( ^ . ^ )Y


assalamuaikum 


yeayy ! ! ! esok puasa ! cewahh bukan kemaen hepi nye mcm nak raya pulak kan huhu . tapi bersyukur sesangat sebab tahun nii dapat menyambut puasa dekat rumah . yelahh time dekat matrik dulu sambut puasa kat sana . tahu lahh kan kalau berjauhan dengan family tak de feel sangat nak puasa . sahur dan buka pun ala kadar je sebab nak berjimat cermat . tapi bila dekat rumah makan minum  semua di taja so ehem ehem paham paham jelah . huhui

*                         *                           *                          *                       *

oke , biler time puasa benda yang mesti ada ketika berbuka puasa ialah kuih tepung pelita . saya pun tak tahu lahh kenapa bile time puasa kuih tuh je yang saya teringin nak makan and hampir setiap hari mesti ada kuih tuh kalau tak ada boleh mengamuk sambil bawak parang lari lari keliling taman tahu . kau ada ? 

time puasa jugak tak sah kalau tak pergi bazar ramadhan dekat bandar kluang tuh . kat situ ada jual macam macam tahu , pelbagai jenis makanan and kalau setakat bawak duit rm 10 tuhh memang berani cakap tak cukup pnye lahh kan . mana tak nye tengok tuh nak beli tuh tengok nii nak beli nii last last semue nye tak abis pun di makan . huhu tapi dengar kata tahun nii bazar ramadhan yang jual makanan tuhh da di tukar tempat nye kat tasik dataran kluang tuh . athoyai ! susah lahh kalau cam tuh sebab jauh sikit nak ke sana . and saya keje selalu balik kol 10 so kene buka dekat tempat keje so susah lahh nak beli makanan :(

and yang paling best adalah berbuka bersama family . fuhh teringat nostalgia dulu dulu . walaupun masa kecik kecik tuh puasa sekerat hari *sampai kol 12 tapi bila time berbuka tuh dia yang sibuk macam orang puasa jugak haha . sekarang nii xboleh la kan nak puasa sekerat sekerat hari nii . buat malu je , hehe . tapi nanti bila da study kat perak kena lahh berbuka dengan kawan kawan pulak . best memang best tapi mood dia laen lahh !

oke tuhh jelahh kot yang saya nak share ng korang . esok puasa jangan tak puasa pulak yea . SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN !