Belog ini tentang saya , dia dan mereka :)

HIJRAH


Assalamualaikum ,

hmm , menulis lagi kali niii even sekarang jam dah pun pukul 12.3o . memang niat hati da lme nak update citer baru tapi mood belakangan nii membatas kan . mungkin risau dengan final exam , mungkin juga sbb memang malas . emm tak kisah lahh tp akhir nyee malam nii dapat jugak conteng conteng kat belog kesayangan nii. 

oke , kali nii nak citer pasal hijrah . ehh korang jgn salah paham pulak ingat hari nii maal hijrah . cuma baru baru nii hati saya lebih terbuka untuk membaca dan search page2 yang berbentuk islamic . and bila baca sume ayat ayat tersebut hati akan automatik jadi tenang dan lebih kuat even time tuh rasa macam down sangat . and skunk nii punn  kawan kawan saya punn ramai yang dalam penghijrahan mencari ketenangan . Alhamdulilah , sabab saya dikelilingi dengan kawan kawan yang sebegitu . hati pernah jugak terdetik untuk bertudung labuh , berstoking . tapi takut diri niii xkuat dan xmampu . sedangkan baru diuji dengan ujian xseberapa diri niii cepat jee mengeluh . saya ingin jadi seperti mereka juga , kan elok kalau xcantek paras rupa tapi  akhlak dan peribadi nya cantek kan .

emm harap sangat yang satu hari nanti saya akan menjadi salah seorang daripada mereka . doakan yea :)






p/s  : Allah xpernah tinggalkan kita , tapi kenapa kita yang tinggal kan Dia ?




mengenal diri



Assalamualaikum ,

Hai hai hai , Alhamdulilah dapat menulis lagi kali ini . siang tadi baru jee abis program ala ala motivasi di mana program nyee bermula dari pukul 8-5 petang . memang lahh teramat penat plus arii nii ahad so paham paham jelahh kan . but harii nii saya dapat sesuatu yang amat baru dan menarik mengenai diri saya . so berbaloi lahh jugak sebab pegi td and program td memang WAJIB pun kena pegi . >,<

Oke , tadi ada slot yg bertajuk sejaoh mana kita mengenali diri kita ? slot ini bertujuan untuk kita mengetahui diri kita nii tergolong dalam kumplan audio , visual ataupun kinestetik . and and selepas buat ujian , saya adalah satu daripada orang yg tergolong dlm kumpulan audio . hmm , bila dikaji rupanya orang yang berada dlm kumpulan ini agak pelik dan punya banyak kelemahan . jom kita tengok ciri ciri nyeee yelahh mana lah tau korang pun tergolong dlm kumpulan niii kan kan kan :


  1.  Selalu berbicara pada diri sendiri ketika melakukan sesuatu 
  2.  Mudah terganggu oleh kesibukan , suasana kelam kabut atau kekecohan 
  3.  Menggerakkan bibir dan mengucap kan tulisan di buku ketika membaca 
  4. Dapat mengulangi kembali , meniru nada atau irama 
  5. Merasakan kesusahan untuk menulis tetapi hebat dlm bercherita 
  6. Berbicara dlm irama yg menpunyai pola 
  7. Mudah ingati nama tetapi bukan wajah 
  8.  Seorang yang fasih berbicara 
  9. Lebih suka muzik dari seni 
  10. Suka berbicara dan berdiskusi dan menjelaskan sesuatu pjg lebar 
  11. Lebih pandai mengeja dengan kuat drpd menulisnya
  12. Lebih suka gurauan lisan drpd mmbaca komik .



Korang agak agak kita tergolong dlm golongan yg sama x ? hmm actly byk kelemahan dlm golongan ini . mereka adlah orang yang terer dlm presentation tp kurang dlam mencari bahan yang tepat untuk presentation . mereka juga tidak sesuai belaja menggunakan peta mind map * patot selama nii akuh memang xpandai pandai buat mind map >,< * . emm tapi xpe2 ada cara yg boleh kita lakukan untuk tangani kelemahan niii . and ada cara belaja yang paling sesuai and tepat untuk mereka yang tergolong dlm kumplan niii . jom kita tengok satu satu .

DUDUK DEPAN DALAM KELAS
Oke , ini adalah satu cara yg saya perlu lakukan lepas niii sbb golongan ini mereka lebih suka mendengar daripada melihat . so kalo duduk belakang sangat mereka xkan phm atau pun kurang phm apa yang diajar oleh lecturer . so , dian kamu kena berubah !

BELAJAR DENGAN MUZIK
Nii adalah cara yang selalu saya lakukan masa dekat matrik dulu . kalo belaja mesti dengar radio , masa study math ke fizik ke even bio subjek yg menghafal . sbb bg saya muzik tuhh boleh buat otak jadi alert and dapat menghilangkan ngantuk . so masa tuh sume lagu lagu baru dekat radio memang tau lahh . tp sekarang dah tak . L

RAKAM PENGAJARAN GURU ADALAH KAEDAH TERBAIK
Emm nii sesuatu yang baru bg saya . xpe2 myb boleh cuba untuk sem yg akan dtg .

PERBINCANGAN UNTUK PEMAHAMAN YG LEBIH JELAS
Yang ini sangat penting sbb kita orang audio lebih suka mendengar so bila melakukan perbincangan kita akan lebih mudah untuk ingat apa yang kawan kita terang kan .

MEMBACA KUAT
Cara nii dapat memningkat kan ingatan kita . so kalo kit abaca xbolah baca dalam hati . kita kena sebut apa yang kita bacakan atau pun sekadar gerak kan bibir sahaja . and bila time exam kita lupa apa yang kita baca , buat sesuatu yang dapat mengeluarkan bunyi seperti mengetuk meja atau memetik jari supaya kita dapat mengaktifkan otak kita untuk recall benda kita yg kita lupa tuhhh .

Hmm tuh jelahh yg saya nak kongsi kan dengan korang kali niii . hmm saya pun baru td and teknik belaja tuh pun ada yang belum saya praktik kan . InsyaAllah lepas nii saya akan try berubah bersesuaian dengan ciri ciri yg terdapat pada saya niii . and hope sgt korang pun akan tau korang nii golongan mcm saya audio ataupun visual dan kinerstatik . nak rehat sebab penat sangat okebai !

P/s : agak agak stress bila study tuhh bukak tingkap and jerit kuat . I love music <3

ketika aku hampir putus asa



Hati rasa xmenentu,

Terlalu banyak benda yang di fikir kan ,

Ya Allah tetapkan lahh hati ku untuk hanya mengingatiMu

Hati ku terlalu lemah , mudah melupakanMu

Aku lupa saat senang , dan hanya ingat saat susah

Bila Kau uji sikit je aku terus mengalah

Menyalahkan takdirMu , xpernah redha

Kerana merasakan diri ini sempurna dan hanya ingin kan yang terbaik sahaja

Ya Allah berdosa nya aku T.T

Aku hambaMu memang layak diduga dan diuji

Kerana Kau hanya menguji mereka yang mampu

Dan aku satu daripadanya , ujianMu xseberapa tapi aku yang terlalu manja

Lemah dengan syaitan dan nafsu T.T

Mungkin rezeki ku belum tiba tapi aku percaya ia akan datang juga

Cuma cepat atau lambat ,

Kerana Kau lah perancang terhebat .

Mari Tadah tangan berdoa sama-sama T.T


“ Ya Allah , dengan pengetahuan-Mu akan yang ghaib dan kemampuan-Mu dalam menciptakan . hidupkan lah aku selama Engkau mengetahui bahawa kehidupan itu lebih baik bagiku . Ya Allah , sesungguhnya aku memohon rasa takut kepada-Mu pada waktu sembunyi dan terang-terangan . dan aku memohon kepada-Mu dapat berkata yang benar pada waktu sedang rela dan marah . dan aku memohon kepada-Mu sederhana pada waktu kaya dan miskin . dan aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak akan habis . dan aku memohon kepada-Mu kesenangan yang tidak akan putusnya. Dan aku memohon kepada-Mu rela menerima setelah takdir-Mu yang telah berlaku . dan aku memohon kehidupan yang baik setelah kematian dan kebahagiaan melihat wajah-Mu dan kerinduan kepada perjumpaan dengan-Mu , tanpa bahaya dan membahayakan dari fitnah yang menyesatkan . Ya Allah . hiasilah kami dengan hiasan keimanan dan jadikan kami orang yang memberi petunjuk yang telah mendapat petunjuk .” Amin . (HR. An-Nasa’I dan Ahmad)



matlutfi n anwar hadi :)



Assalamualaikum , 

Wahhhh hepiiii nyeee hari niiii !!! ( lari lari 1 bilik sambil kibar kibar sapu tangan ) . ha mana tak hepi nyee. Korang tengok tajuk pun da tau kenapa kan . saya jumpe matlutfi dan dan dan anwar hadi !!! excited giler wa cakap sama lu . ha kalo ada yang tak kenal sape dorang tuhh memang nak kena rejam sorang sorang ngan akuh gune batu bata yang org endon buat rumah tuhh , da abis rejam pulang kan balik . emm mybe ada la orang yang kata “ala setakat matlutfi ngan anwar hadi apa lahh sangat , dorang bukan retis punnn “ and saya akan jawab “eloooo , dorang memang bukan retis pun tapi dorang selebriti oke ( sambil buat muka mintak baling selipar ) . menyampah ?? emm mungkin dorang xlahh fanatic and exotic mcm saya tuhh yang xdapat rasa apa yang saya tengah rasa sekarang . >,<

Emm dorang datang sini sebab tadi ada ceramah and presentation mengenai tahap keselamatan kita menggunakan teknologi on9 nii mcm fesbuk, belog, vlog, instagram, twitter and banyak lagi lahhh . kang sebut satu satu sampai taon depan xabis . cm gitu lahh lebih kurang so tuhh yang dorang di invite untuk berkongsi pengalaman dan juga pendapat terutama dalam dunia vlogging niii . even saya ada kelas tadi dari 11-1 sanggup saya skip kelas konon konon nyee pegi tandas setengah jam semata-mata nak tengok matlutfi present . keje gilerr kot nasib xkantoii ngan lecturer . ( fuhhhh tarik nafas lega ). jahat xakuhh ? hehe . bukan nyee apa tapi saya rasa semua orang patot amek perhatian dengan apa yang di sampai kan oleh dorang sbb ia amat berguna terutama dengan dunia zaman sekarang yang tengah giler IT . and for ur information , Negara kita adalah Negara ke 17 yang paling aktif menggunkan fesbuk . terer xterer? Bukan nyee xbagus tapi renung renung kan lahhh . kalo dulu budak kecik nangis mak ayah nyee bagi mainan , budak sekarang nangis mak ayah nyee bagi I-pad . hurmmmm 


P/s : emm lepas nii dari blogging nak tuko vlogging lahh pulak :D hmm nak tengok first video saya scroll lahh kat bawahh niii 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
( sorry your computer is unable to connect to the internet )

hujan dalam hati :)




Assalamualaikum, 

Mendongak kelangit , hujan !
Alhamdulilah Allah mencurahkan rahmat nya lagi (^_^)
Senyum2 tengok hujan turun fikirkan katil yang memanggil .
Sekarang nii teringat kat rumah jeee ,
Arghhhh rindunya semua yang ada kat rumah especially my lovely  “mak” and my hero “abah”
Tinggal lagi sebulan jee nak balik ,
Saba2 (pujuk diri) ,
Perjuangan kat sini belum abis .
Fighting untuk this final
Tapi kadang rasa nak give up jeeee dengan kos niii
Tapi bile fikir mak abah terus xjadi
Kena kuat , kan dah besar so kenalah jadi matang . betulkan ?


kem rakan integriti mahasiswa



Assalamualaikum , 

Hai hai haiii , dalam kebuzian membuat assgment sempat lagi curi curi masa untuk cuci belog niii  gune clorox ! ehh2 , xbole gune vanish jee ckup >,< yolahh , rndu sangat sangat nak menulis and entry kali nii nak citer sikit pasal aktiviti yang baru jee saya jalani minggu lepas . ha , baca tajuk pun da tahu kan . actually , kem rakan integriti mahasiswa nii melibatkan 2 buah ipta iaitu usm dan upsi sendiri dan 1 ipg . emm kire ramai la gak yang terlibatkan dan diadakan di azwen resort kat hulu Langat . fuhhh , time nak pegi tuh bukan maen excited lagi . mana tak nyee dahh lame xbuat outdoor activity sejak fom5 lagi . yelahh masa kat matrik mana lahh sempat nak buat nii sume . kem niii berlangsung selama 3 hari 2 malam and dijalankan secara santai and amat exciting !!


Antara objektif krim niii adalah untuk :
1.       Mewujudkan semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan ahli krim.
2.       Menjadikan sebagai wadah percambahan minda bagi hala tuju dan pelaksanaan RIM di peringkat IPT.
3.       Mengeratkan hunbungan jaringan atau silaturahim dalam kalangan peserta dan secretariat pusat RIM atau IIM.


Emm , dan saya rasa melalui kem ini semua objektif itu dapat dicapai . banyak juga pengalaman baru yang boleh saya dapat dan itu bukanlahh sia-sia even kem itu diadakan ketika assgment berada di tahap kemuncak . and thanks sangat kepada seseorang yang telah mengubah mindset saya supaya selalu berfikiran positive dalam semua hal . “ selalu cakap pada diri sendiri yang saya boleh ! "
Banyak jugak game yang kitaowg main ketika kem tersebut dan semua adalah bertujuan untuk membina semangat berpasukan . :’) emm nak citer banyak tp nanti korang xnak baca lak so jom kite tengok gamba pulak yeeee . scroll ke bawah , jangan segan segan :3



baru sampai setelah 2 jam perjalanan 

peserta-peserta yang terlibat 

niii bukan bermandi-manda k tp slh 1 aktiviti yg kiteowg lakukan >,<

niii lahh kumpulan saya ---> kami bajet hot

jungle treking time

ececeh , berangan sebentar

peace2 <3
waktu riadah , apa lagi jln2 lahhh 

nak sambung buat assgment , okebaiii !!